Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Pulut kuning bersama rendang ayam atau daging

In preparing menu for catering, we always looking at what that event is held for. As an example, event such as thanksgiving ceremony (doa selamat), birthday celebration, a special gathering (like to get to know each other), the Malay engagement ceremony, to welcome new staff or boss, and to celebrate new baby born, a yellow glutinous rice (pulut kuning) is a good choice.

The pulut kuning is a special traditional Malay cook. It is cooked by steaming and good if comes together with chicken rendang or meat curry. For expatriates in Malaysia, you have to know that the pulut kuning is one of the ways to say thanks or in celebrating a good occasion.


Sudah banyak kali Lusiana Catering menyediakan sajian pulut kuning, sama ada atas permintaan klien atau sebagai satu cara membuat kejutan.
Seperti saya katakan di atas, pulut kuning sangat elok diserikan dengan rendang ayam atau daging.

Majlis doa selamat, marhaban dan kesyukuran merupakan majlis yang kerap disajikan pulut kuning. Terkini ialah pesanan dari seorang rakan bagi meraikan ketibaan ibu tersayang selamat pulang dari menunaikan ibadah Haji di Mekah. Bagi masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu, pulut kuning (turut dipanggil pulut semangat) juga didekor sebagai salah satu hantaran perkahwinan dan acara berkhatan. Biasanya disertakan bersama telur ayam rebus.

Dekorasi penyediaan sama ada dibuat secara lonjong, berbentuk kek ataupun sekadar diletakkan dalam bekas sahaja.


Photobucket

Konsep gerai atau meja bufet berlainan bagi kategori sajian

Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan makanan berlainan kategori disajikan di meja atau gerai berlainan. Sudah beberapa kali pihak saya diminta oleh klien menyediakan pelbagai jenis kategori sajian.

Gerai atau meja berlainan ialah untuk sajian seperti berikut; nasi, mee/bihun/laksa, pencuci mulut, sate dan kepak ayam bakar, kuih-muih, minuman, kambing bakar, cendol dan ABC. Ini terutamanya melibatkan tetamu paling kurang pun seramai 300 orang.


Namun konsep gerai sepenuhnya (stall concept) melibatkan kos tambahan dalam menyediakan gerai-gerai berkaitan. Saya sertakan contoh-contoh gambar berkenaan (sajian di meja bufet berasingan).


Photobucket

Rendang daging sedaplah; Datin Hajah Fadilah

Pada 27 Mei 2008, satu deligasi dari Melaka telah membuat lawatan ke Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya.

Komuniti ini merupakan masyarakat dari kawasan parlimen Tangga Batu, Melaka seramai 85 orang yang diketuai oleh isteri kepada Timbalan Menteri 1, Kementerian Pengajian Tinggi, Datin Hjh. Fadilah binti Abdullah (bertudung biru muda).


Saya menyajikan sarapan tengah hari kepada Datin dan rombongan beliau. Menu seperti di bawah:


Nasi beryiani dan putih
Ayam masak merah

Rendang daging

Acar jelatah

Dalca sayur

Buah: Tembikai susu dan oren

Minuman: Kordial oren dan teh tarik


Saya terdengar bicara Datin, “Rendang daging ini sedaplah!”. Datin Hjh Fadilah ramah mesra orangnya, mudah tersenyum. Terima kasih Datin.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
(Gambar di sekitar makan tengah hari tersebut)

Harga petrol naik 78 sen, diesel naik RM1

Harga petrol naik 78 sen, diesel pula RM1. Saya sebagai katerer dalam dilema, sama ada perlu naikkan harga perkhidmatan katering atau tidak, justeru kerana harga bahan bakar utama naik. Formula mudah ialah jika harga bahan bakar naik, harga barang-barang lain juga bakal naik lantaran faktor kos pengangkutan.

Apa pendapat anda?


Kerajaan hari ini (4 Jun 2008) mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.


Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini (4 Jun 2008).


Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

(Gambar: Majlis perkahwinan pada 1 Jun 2008)

Menu makanan boleh diubah, ianya fleksibel

Frasa klien atau pelanggan selalunya betul sudah berlegar-legar sekian lama dalam dunia korporat apabila merujuk dari sudut kemahuan klien. Ada orang agak sinis apabila membincangkan perihal ini, sehingga ada kata-kata begini, “Klien selalu betul, tetapi ada kalanya tidak betul, malah mengada-ngada.”

Dalam menyediakan menu kepada pesanan katering, pihak saya selalunya ditanya oleh klien apakah cadangan menu yang boleh dikemukakan. Kadang-kadang klien sudah sedia dengan menu yang telah diputuskan, cuma inginkan harga sahaja. Bagi kes yang pertama, pihak saya dengan suka hatinya memberi cadangan menu dan harga kepada klien melalui emel, faks atau pesanan ringkas melalui telefon bimbit.

Apabila kata ‘cadangan’ digunakan saya selalu berkata kepada klien bahawa menu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Ada klien agak terkejut dengan bertanya, “Menu boleh ditukar kah? Bagus kalau begitu.”

Saya jawab, “Kami fleksibel dalam hal ini.” Kata saya lagi menu memang boleh diubah, asalkan ianya dipersetujui dan selari dengan harga yang pihak kami tetapkan. Di sini hujah ‘klien selalunya betul’ diguna pakai atau boleh juga dikatakan jika klien sanggup bayar, maka penyedia perkhidmatan tidak mempunyai sebarang masalah menurutinya.

Photobucket

Walaupun begitu, ada menu yang sudah memang ada set tersendiri, seperti nasi beryiani, nasi tomato atau nasi minyak. Ketiga-tiga jenis nasi ini tidak akan lengkap sekiranya tidak ada jenis masakan ayam, masakan daging atau kambing, dalca sayur dan acar jelatah. Cumanya jenis masakan ayam, daging lembu atau kambing boleh dipelbagaikan; misalnya ayam masak merah, ayam masak kurma, kari atau rendang daging atau kambing, masakan daging kurma, dan daging masak hitam pedas atau manis.

Walaupun begitu, ada ketikanya klien meminta dikurangkan salah satu lauk sama ada daging atau ayam, tetapi ditambah dengan menu lain seperti bihun goreng atau nasi goreng cina. Ini pun boleh diubah. Sekali lagi konsep ‘klien selalunya betul’ boleh diguna pakai dengan sebaiknya.
Inilah praktis yang diamalkan dalam bisnes katering saya, fleksibel dan boleh berbincang. Mahu membuat pesanan, sila hubungi saya.

Catering for Program Apresiasi Novelis

Last week, from July 23 until 28, 2007, I and crew very busy with catering orders. One of the most memorable weeks for me because my team involves with 17 deliveries, including two deliveries to Rumah PENA, Kuala Lumpur. The last two deliveries are for Program Apresiasi Novelis, Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid.

For the above program, Lusiana Catering prepares for breakfast and lunch. Menu for lunch as follows:
1) Beryiani rice:
- ayam masak merah

- meat rendang
- vegetables dalca

- acar jelatah


2) Fruit cutlet: Honey dew

3) Beverage: Cordial sarsi
My new friend Budi comments, “Bro, your food marvelous!”. Many thanks buddy. The price? Contact me! (Pic: Acar jelatah)

SUMAYYA FOODS & CATERING.