Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Showing posts with label Selok-belok katering. Show all posts
Showing posts with label Selok-belok katering. Show all posts

Buku: Jejak Usahawan Bisnes Katering

JEJAK USAHAWAN | Baca kisah pengalaman, Tuan Hizamnuddin Awang, a.k.a. Tuan Web Sutera meninggalkan kerjaya untuk mengharungi dan begelumang dalam dunia bisnes katering. Nostalgia pahit manis yang memukau dan menawan hati.

Pendedahan berani dan terus terang. Langkah demi langkah dalam membina perniagaan bidang penyediaan makanan. Semuanya dalam sebuah buku berjudul Buat Duit dengan Katering.

Tip Katering | Pesanan atau tugasan katering di saat-saat akhir, seperti dalam tempoh dua atau tiga hari bagi jumlah 500 pax ke atas, harus diambil dengan operasi tuntas. Saya banyak kali menghadapi situasi sebegini.

Kuatkan minda dan ranca
ng jadual operasi terbaik kita. Salah satu kebaikan primer ialah klien dapat diyakini bahawa kita boleh melaksanakannya, walaupun di saat-saat akhir. Reputasi bisnes kita akan meningkat, insya-Allah.

Photobucket

Foto-foto: Sesi katering di JARING Communications Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2012.

Photobucket
Photobucket

Testimoni: Beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman". (Surah al-Maidah, ayat 88)

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu".
(Surah al-Baqarah, ayat 168)


Terdapat banyak lagi dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad yang menyeru kita untuk mencari yang HALAL. Justeru itu dunia perniagaan dalam penyediaan makanan yang menyajikan makanan halal adalah satu bidang yang patut diceburi. Siapa lagi yang akan mempelopori perniagaan ini, kalau bukan kita.


Buku Buat Duit Dengan Katering ini pada saya cukup bagus untuk anda yang ingin memulakan perniagaan penyajian makanan. Di dalamnya terkandung pelbagai petua yang dikongsikan oleh penulis melalui pengalaman beliau sendiri. Dari persediaan peralatan dan perkakasan sehinggalah persediaan mental dan fizikal, kesemuanya ada dalam buku ini.


Yang menarik perhatian saya adalah beberapa elemen yang perlu ada seperti melebihkan hidangan dan pinggan mangkuk di dalam satu-satu penyajian katering. Saya selalu menghadapi kekurangan semua ini ketika pihak katering di tempat saya bertugas menyajikan makanan dan minuman untuk para peserta kursus. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta sehingga apabila mereka membuat penilaian selepas kursus mereka sering mengatakan "penyajian makanan dan minuman tidak memuaskan". Aduh! Walaupun bukan kami sendiri yang menyajikan makanan dan minuman, namun sedikit sebanyak terkena juga batang hidung kami selaku pengelola kursus. Ini juga berkait rapat dengan konsep "ihsan", memberi dengan keikhlasan selain daripada urusan berniaga semata-mata.


Aspek keutamaan pelanggan juga disentuh oleh penulis. Dalam dunia perniagaan, pelanggan adalah segala-galanya kerana "Pelanggan adalah Raja" dan "Customer is always right". Namun ada ketika kita juga patut mengatakan "TIDAK" kepada pelanggan. Dalam buku ini, penulis mengatakan kita patut mengatakan TIDAK kepada beberapa permintaan pelanggan seperti tempahan pada saat akhir dan tempahan nasi bungkus untuk makan tengahari yang jumlahnya hanya lima! Lucu? Penulis mengalami sendiri insiden ini.


Pelbagai pakej katering turut diperkenalkan oleh penulis, dari pakej katering untuk majlis kecil seperti minum pagi sehinggalah pakej untuk majlis perkahwinan. Cadangan menu juga turut dikongsi oleh penulis. Sememangnya amat menarik dan PERLU DIBACA oleh anda yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan katering!


Menyajikan makanan dan minuman juga adalah satu seni, oleh itu penyajiannya juga harus dengan cara yang kreatif. Penghasilan makanan dan minuman yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melibatkan beberapa peringkat iaitu pemilihan dan pembelian bahan mentah, memotong, memerap, menggoreng, memasak dan cara penyajian itu sendiri memerlukan perancangan yang rapi. Ini penting kerana sekiranya tersilap di mana-mana peringkat, makanan atau minuman kemungkinan akan basi dan tidak boleh dihidangkan. Rumit? Namun, itulah hakikatnya!


Turut menarik minat saya ialah petua memasak ikan patin dan petua untuk tidak meletakkan periuk panas (makanan baru dimasak) di atas lantai simen.


Saya berpendapat buku ini akan tambah menarik lagi sekiranya diwarnai dengan tips/petua pada akhir setiap bab dan disampaikan dengan olahan karikatur berwarna. Selain itu, buku ini juga boleh diolah dengan tidak ada mula dan akhir. Maksud saya terdapat helaian permulaan dengan MENU menarik yang akan membantu pembaca untuk memilih apa yang dia hendak baca. Tanya pembaca apa yang dia hendak mulakan dulu. Sebagai contoh, "Menu 1: Katering 50 Tempahan Ke Bawah - Mukasurat 1, 5, 11, 25" adalah khusus untuk pembaca yang berminat hendak memulakan katering kecil-kecilan terlebih dahulu. Saya pernah membaca buku seperti ini, dan saya sangat tertarik dengan olahannya.


Diinspirasikan oleh pengalaman memulakan perniagaan katering, Hizamnuddin menulis buku ini dari hati sebagaimana beliau mengatakan dalam mukasurat 90 bahawa memasak juga perlu dari hati. Beliau seboleh mungkin berkongsi ilmu dan pengalaman kepada anda yang mempunyai iltizam yang tinggi untuk memulakan perniagaan katering.


Beliau juga turut berkongsi pahit dan manis dunia perniagaan yang tidak seperti semasa beliau makan gaji. Memulakan perniagaan dengan menjual nasi lemak, beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering yang melibatkan penyajian ribuan orang! Berbekalkan azam dan semangat yang kuat, beliau mengatakan FOKUS tanpa berpaling.


Tahniah kepada Hizamnuddin! Dan kepada anda yang mencari ilmu katering, saya sarankan anda membaca Buat Duit dengan Katering.

** Testimoni dari Puan Linda Amri, Kota Kinabalu, Sabah.

Dekorasi meja hasil kreativiti Cef Hana, Lusiana Catering

Dalam buku Buat Duit dengan Katering, saya ada tuliskan berkenaan dekorasi meja bagi katering. Selain dekorasi pintu gerbang pengantin bagi keraian perkahwinan, meja bufet dan meja VIP juga elok dihias dengan dekorasi bungan hidup (segar) atau bunga plastik.

Faktor keenakan sajian juga mengambil elemen pujukan, citarasa dan persepsi minda. Minda yang dapat dipujuk supaya
‘berselera’ juga turut merangkumi hiasan berupa dekorasi bunga meja.

Di sini saya sertakan beberapa foto yang dirakam di sebahagian kecil sesi katering kendalian Lusiana Catering untuk dijadikan contoh.

Tahniah, Cef Hana, kerana dengan kreativiti beliau, meja bufet dan meja VIP / VVIP kelihatan segar. Namun harus diingat, kreativiti juga ada harga tersendiri.







** Klik foto untuk besarkan. Hakcipta terpelihara Lusiana Catering.


Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saya mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku katering

17 Rabiulawwal 1432H - Tuan Hizamnuddin Awang adalah seorang peminat buku dan pembaca tegar. Sebab itulah beliau hadir di hari pelancaran program Baca@LRT. Semasa hari pelancaran program Baca@LRT yang pertama itu, saya telah mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku mengenai katering.

Beliau adalah antara usahawan katering yang sedang meningkat maju, maklumlah sudah lama beliau berkecimpung dalam bisnes itu.

Pada mulanya beliau tersenyum dan tertawa mendengar cadangan atau cabaran saya itu. Namun beliau mendapati cadangan itu bukan setakat gurauan, lebih-lebih lagi setelah saya menawarkan diri untuk menjadi co-writer beliau.

Akhirnya, tidak lama lagi impian saya melihat buku pertama Tuan Hizamnuddin Awang akan menjadi kenyataan. Buku kami yang membawa judul
Buat Duit Dengan Katering terbitan PTS Professional akan berada di pasaran.

Tahniah Tuan Hizamnuddin Awang. Syabas tim PTS Professional! Blog Tuan Hizamnuddin Awang boleh dikunjungi DI SINI.

Untuk entri mengenai buku kami di laman PTS, tuan boleh baca DI SINUN.

*** Rencana asal dari Tuan Imran Yusuf.

Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.


Isi Kandungan


Prakata, Pengenalan, Pendaftaran Bisnes, Modal Pelanggan dan Waktu Pesanan Katering, Peralatan, Barang Mentah dan Sumber Bekalan, Jenis Menu dan Harga Tawaran, Promosi dan Pemasaran, Pengurusan Khidmat Katering, Kemahiran, Pengalaman, Kisah Benar, Penutup, dan Lampiran.


Judul: Buku Buat Duit dengan Katering

Penulis: Hizamnuddin Awang dan Imran Yusuf

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

ISBN-13: 978-967-369-084-8

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
Tarikh Terbit: 21 Feb 2011

Jumlah Muka Surat: 144 halaman

Kembara katering, mengurus rezeki anugerah Tuhan

Sejak menceburi bisnes perkhidmatan katering ini, kembara saya sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan kian rancak. Lantaran banyak jalan-jalan yang belum biasa dilalui, terutamanya di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara dan Subang, saya sering tersesat. Mujur (nasib baik) saya dan chef sudah mengambil langkah ‘berjaga-jaga’, iaitu kami keluar awal dari biasa untuk lokasi berkenaan.

Kembara katering saya juga turut merangkumi Melaka iaitu Alor Gajah, Pantai Klebang, Cheng dan Teluk Mas.


Jika semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sd. Bhd dahulu, saya acap kali, sekali dalam sebulan, keluar dari Kuala Lumpur untuk bertugas di negeri-negeri lain. Kini lain sekali. Saya keluar juga ke negeri lain, tetapi itu untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.


Salah satu hikmah bagi saya sepanjang menceburi bisnes katering ini ialah masa lebih banyak terluang untuk keluarga. Rezeki pula semakin murah, dan insyaAllah berkat. Dan masa untuk mencari cinta Allah juga turut lapang dan mudah.


Pada peringkat permulaan, emak saya sendiri agak tidak bersetuju apabila saya berhenti bekerja makan gaji. Kini tidak lagi, malah emak sentiasa mendoakan kejayaan saya dan isteri. Alhamdulillah, segala puji saya kembalikan kepada Tuhan.
Photobucket
Setakat entri ini ditulis, untuk bulan Januari 2009, saya sudah menyediakan sajian bagi tiga klien korporat iaitu Jobstreet.com Sdn Bhd, Pest Control Association Malaysia dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Saya juga menerima beberapa tempahan bagi klien persorangan.

Photobucket
Selamat Tahun Baru Cina 2009 untuk semua rakan dan klien Cina.
Berkaitan: Kelana katering; Kuala Lumpur, Putrajaya, Jinjang dan Shah Alam

(Gambar: Beberapa sesi katering yang pernah dijayakan)

Kelana katering; Kuala Lumpur, Putrajaya, Jinjang dan Shah Alam

Pada minggu terakhir sebelum cuti persekolah hujung tahun 2008, saya menerima empat tempahan katering. Saya dan chef ‘berkelana’ lagi. Bermula di suatu lokasi di pusat bandar metropolitan Kuala Lumpur, ke Putrajaya kemudian ke Jinjang dan berakhir di rumah klien berlokasi di Subang, Shah Alam.

Jika ke Putrajaya, saya sudah biasa. Ke Jinjang pun boleh diagak laluannya. Tetapi saya dan chef mengalami keadaan ‘sesat’ dalam perjalanan ke Taman Subang Impian, Shah Alam. Sesatnya kami bukan sekali, malah dua kali; ketika pergi untuk menghidangkan makanan dan ketika pergi buat kali kedua untuk mengambil barang-barang pada sebelah malamnya.


Memang melucukan! Pada sebelah siang, saya menggunakan Lebuhraya Per
sekutuan untuk ke taman perumahan tersebut. Saya terlepas selekoh ke lapangan terbang lama Subang, jadi terpaksa saya melakukan pusingan U selepas tol Shah Alam. Dari situ saya mengambil Lebuhraya Guthrie. Terkulat-kulat saya dan chef mencari jalan ke Taman Subang Impian. Terasa perjalanan jauh. Nasib baik kami sudah merancang sela waktu seandaiya sesat. Memang sesat pun!

Perjalanan sebelah malam pula, saya menggunakan jalan ke lapangan terbang lama Su
bang yang terlepas pandang siang tadi. Subhanallah, sesat lagi! Angin juga lantaran badan saya pun kurang sihat, sudah dua hari demam. Alhamdulillah, selepas chef membuat panggilan beberapa kali di beberapa selekoh, akhirnya kami sampai ke rumah klien buat kali kedua.

Tuan rumah tersenyum bila saya katakan, “Hari ini dua kali kami sesat.
Siang tadi guna jalan lain, malam ini pula guna jalan lain.”

(Gambar: Jamuan perpisahan murid darjah 6, Sek. Keb. La Salle 1 Jinjang)


** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis & keramaian. Pesanan minima ialah 50 paxs (tetamu). Saya bersedia menerima tempahan bagi Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Bentong dan Karak di Pahang). Pelbagai masakan Melayu, India dan Cina boleh disediakan, insyaallah.

Ada-ada sahaja dalam katering

Photobucket
Dalam mengendalikan bisnes katering, katerer mungkin akan berhadapan dengan kehendak tetamu yang pelbagai. Misalnya dalam satu majlis yang kehadiran tetamu dalam lingkungan 800 atau 1,000 orang, mustahil katerer dapat memenuhi selera secara 100 peratus. Sedikit sebanyak mungkin ada rungutan, walaupun mungkin kecil kalau hendak dinisbahkan secara total dari segi perkhidmatan dan mutu sajian yang disediakan.

Apa yang hendak saya sorot di sini ialah rungutan atau pertanyaan itu mungkin diajukan terus kepada tuan punya bisnes katering tersebut. Jika berlaku, saudara seba
gai pengendali katering jangan bermasam muka dengan tetamu tersebut.

Maniskan muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula disebabkan jawapan saudara, tetamu menjadi semakin tidak puas hati. Selalu bersangka baik atas apa pun teguran, kerana ia akan lebih mematangkan kita dalam urusan bisnes, insyaallah.


Tidak salah untuk mengaku kesilapan jika benar ada. Juga tidak mengapa jika tetamu atau klien itu kelihatan sedikit ‘lebih’ dalam mengajukan persoalan, tetapi saudara mengukir senyum. Saudara juga jangan pulangkan paku buah keras kepada klien atau tetamu seandainya memang si penanya itu tersilap jangka. Berbaik sangka dan hadiahkan senyuman manis. Insyaallah, saudara akan selamat dan tetamu atau klien akan berpuas hati.

Photobucket
Photobucket
(Gambar: Sekitar majlis Aidilfitri dan Deepavali di premis klien di Shah Alam, 23 Okt. 2008, dari lewat petang hingga malam)

Majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor

Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008, bersamaan 12 Syawal 1429 Hijrah, saya selamat menyajikan makanan untuk majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 tetamu diraikan dalam suasana penuh meriah dan semangat persaudaraan Islam bertempat di suatu lokasi di Petaling Jaya Selatan, Selangor.

Chef menyediakan pelbagai sajian yang, alhamdulillah, habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun sajian yang agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu memuji masakan chef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.


Majlis Belia Selangor merupaka
n klien pertubuhan/korporat yang terkini yang mengambil perkhidmatan katering yang saya sediakan. Sebelum ini di bulan Ramadhan, saya mendapat tempahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Shah Alam. Segala pujian dan syukur saya kembalikan kepada Allah, Tuhan yang maha pembuka jalan.


Bisnes membuat kek


Saya berkenalan dengan rakan baru di majlis ini. Rakan tersebut menyedi
akan pengat pisang sebagai salah satu menu yang dihidangkan. Bukannya dari katering saya, tetapi diminta bantuan oleh salah seorang pemimpin Belia 4B di situ sebagai menu tambahan.

Antara cerita yang kami kongsi ialah mengenai bisnes katering, dekorasi bunga dan pembuatan kek. Beliau bersama isteri menceburi bisnes menggubah bunga untuk pelbagai keperluan keraian. Salah seorang ahli keluarga beliau pula menceburi bidang pembuatan pelbagai jenis kek, dari kek pengantin sehinggalah kek cawan, termasuk mengusahakan penghasilan krim untuk kek.


Cerita rakan baru itu membangkitkan semangat saya dan chef. Dengan menumpukan bisnes pembuatan kek sahaja, kerabat rakan terse
but berjaya mengubah stail hidup, dari rumah kecil lokasi bisnes beroperasi, berjaya membina sebuah rumah banglo. Menurut beliau, semua ahli keluarga terlibat, termasuk anak-anak. Subhanallah, bisnes keluarga memang boleh berjaya.

(Gambar kek 1:
Lynn Hassan & kek 2: Maz Homemade. Sila kunjungi blog mereka untuk maklumat lanjut. Insyaallah, sedap kerana saya pernah merasainya)

Tambahan peralatan katering di Aidilfitri 1429H

Photobucket
Sekembali dari bercuti Aidilfitri 1429 Hijrah di Pahang, saya dan chef membuat perancangan untuk menambah peralatan katering. Alhamdulillah, perancangan kami berjaya. Jadi awal minggu ini chef ke Chow Kit untuk membeli beberapa peralatan tambahan, iaitu 6 set chafing dish, satu bekas air keluli (bersaiz besar), dua food container, 30 pinggan kaca berat, 300 pinggan melamine dan 12 gelas goblet (gelas berkaki).

Dalam pada itu, minggu ini kami buat persediaan untuk beberapa sesi katering Aidilfitri yang sudah dipesan. Segala syukur dikembalikan kepada Allah yang bersifat Maha Pembuka untuk hamba-hambaNya.

Untuk sahabat dan klien yang tidak dapat saya penuhi permintaan katering mereka, saya memohon maaf. Insyaallah, hubungi saya lagi untuk majlis yang lain.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Klien korporat dan kerajaan

Pelanggan korporat

Pelanggan korporat merupakan entiti atau pihak yang paling kerap memerlukan perkhidmatan katering lantaran pelbagai sebab. Biasanya suatu syarikat, sama ada syarikat swasta atau kerajaan, memerlukan m
akanan dan minuman bagi sesi mesyuarat, lawatan pihak luar, sesi perjumpaan staf, atau suatu aktiviti khusus di premis mereka. (Gambar kiri: Katering buka puasa klien korporat)

Pelanggan korporat pertama saya ialah syarikat di mana saya bekerja dahulu. Saya membekalkan kuih-muih dan minuman untuk satu mesyuarat dalaman yang melibatkan 15 orang. Memang tidak banyak, namun ia permulaan yang baik. Dari sini rakan-rakan lama akan mengetahui secara langsung bahawa
memang kita sudah berubah arah dalam kerjaya. Inilah peluang pertama untuk saudara menghulurkan kad bisnes kepada bekas rakan sekerja. Mudah-mudahan mereka akan menjadi agen pemasaran tidak langsung perkhidmatan katering saudara.

Pertemuan bersemuka ini penting sebagai langkah tambahan kepada emel-emel yang saudara hantar sebelum ini kepada rakan-rakan tadi. Jangan berat mulut untuk bercerita kepada mereka, nyatakan apa yang saudara boleh bekalkan.


Jabatan kerajaan


Ketegori ketiga ini juga boleh diambil kira dalam perancangan saudara. Harus diingat bahawa jabatan kerajaan merupakan antara pasaran yang sentiasa boleh dimasukkan dalam senarai klien yang berpotensi. Namun saya suka mengingatkan saudara, urusan dengan jabatan atau kementerian kerajaan memerlukan saudara mengambil langkah yang agak berhati-hati.


Ini kerana bayaran yang akan saudara terima agak mengambil masa, sehingga empat bulan lamanya. Sekiranya saudara tidak mempunyai modal pusingan yang mencukupi, elakkan dulu menerima pesanan katering dari jabatan kerajaan (pusat dan negeri).


Pastinya jabatan kerajaan sentiasa mempunyai acara yang memang perlukan perkhidmatan katering. Kalau bole
h, cuba ambil pesanan yang kecil dahulu, misalnya bagi mesyuarat di waktu pagi. Selalunya pesanan katering dalam linkungan lima belas ke dua puluh orang sudah memadai buat permulaan. Jika saudara selesa dengan terma bayaran dari pihak kerajaan, sila teruskan. (Gambar atas & kiri: Dekorasi meja VIP untuk klien kerajaan)

Saudara
juga kemungkinan boleh mendapatkan pesanan katering dari kerajaan melalui orang tengah. Maksudnya syarikat saudara tidak berurusan secara terus dengan sesuatu pesanan katering tersebut, tetapi ada syarikat lain yang mungkin mendapat projek besar di mana membekalkan makanan sebagai salah satu isi kontrak tersebut. Bayaran perkhidmatan saudara dilunaskan oleh pihak syarikat itu, bukannya jabatan kerajaan.

SUMAYYA FOODS & CATERING.