Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Kuih talam suji dan talam lapis cendul yang lemak manis merupakan antara menu pencuci mulut yang sesuai untuk bulan puasa. Dengan warna dan lapisan yang cantik, pasti akan menarik minat para penggemar cita rasa kuih-muih Melayu tempatan yang telah divariasikan.
Sementara sajian masakan Barat yang sedikit pedas berempah pula sesuai bagi yang tidak gemarkan nasi ketika berbuka puasa. Sepotong dua pasti mengenyangkan dengan rasanya yang begitu istimewa.
Lusiana Catering sememangnya pakar hidangan Barat pelbagai jenis termasuk kek dan kuih-muih. Cubalah membuat resipi ini sendiri atau hubungi Lusiana Catering untuk servis catering yang lazat lagi bermutu.
** Ini petikan dari majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010.
Resipi yang disediakan ialah kuih talam suji, makaroni bakar dan talam lapis cendul. Sila klik gambar yang disertakan untuk dibesarkan, kemudian disimpan atau dicetak. Kuih Melayu ini juga dikenali sebagai kuih nyonya.
Kuih nyonya ini boleh dipesan secara individu dengan tertakluk kepada syarat seperti kuantiti dan lokasi.
Berkaitan: Menerima tempahan kuih talam dan seri muka
Serikan meja hidangan dengan pelbagai pilihan menu serta peralatan kutleri istimewa. Tradisi menyajikan nasi dan lauk yang membangkit selera serta dekorasi memikat bisa menambat hati sesiapa sahaja yang melirikkan matanya, sekali gus menambah keceriaan suasana.
Lusiana Catering berkongsi rasa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Dari melaksanakan tugas mengurus pengendalian penyediaan sajian acara sehinggalah kepada servis pramusaji di meja utama raja sehari, majlis tertentu dan keraian Hari Raya Aidilfitri, Lusiana Catering sedia berkhidmat mengikut selera dan bajet tuan dan puan.
Saya sertakan tiga halaman yang diambil dari majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010. Halaman ini memuatkan beberapa resipi sajian Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri berserta foto-foto makanan berkaitan. Ianya sumbangan Cef Hana dari Lusiana Catering.
Senarai resipi ialah nasi beriani, rendang daging, ayam kampung goreng berempah, dalca sayur, acar buah berbijan dan filet ikan masam manis.
Sila klik gambar untuk dibesarkan dan kemudian cetak (jika mahu). Semoga bermanfaat.

13 Ramadhan 1431 H - Sebagai info bagi majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010, Chef Hana diberi ruang sebanyak 5 halaman untuk resepi. Resepi berserta foto makanan tersebut diterbitkan di bawah dua tajuk besar, iaitu Resepi Ramadan - Memikat di Meja Hidangan dan Manis dan Pedas Untuk Berbuka. Sebanyak sembilan (9) resepi disediakan oleh Chef Hana. Sila dapatkan Seni Hias keluaran Ogos 2010 di mana-mana kedai buku.


Bertarikh 6 Jun 2010, chef Lusiana Catering ringan tangan memberi perkhidmatan di meja mempelai di majlis perkahwinan saudara lelakinya di sebuah perkampungan di Parit Buntar, Perak.
Seminggu kemudian beliau dengan berbesar hati melaksanakan tugas mengurus pengendalian penyediaan sajian di Keramat, Kuala Lumpur pula. Majlis di Keramat juga melibatkan tugas pramusaji meja utama bagi meraikan pasangan raja sehari yang sama, menerima kunjungan pengantin perempuan dan keluarganya (
foto kiri).
Dalam pada itu, kek hantaran mempelai lelaki kepada mempelai perempuan di Parit Buntar turut disediakan olehnya. Kek fondan (foto) diadun bersama resepi rahsia didekor sedemikian rupa supaya mudah dibawa dari Kuala Lumpur menuju ke Parit Buntar, Perak.
Alhamdulillah. Semua selamat dan bahagia. Tahniah dari Lusiana Catering untuk pasangan Zuraimi dan Rozana. Kami di sini mendoakan kalian bahagia atas ikatan cinta yang dimeterai dengan nama Allah. Dalam meraduk laut kehidupan, kadang-kala riak kecil, kadang-kala juga gelombang melanda. Namun semua itu adalah ujian dari Allah demi cintaNya kepada hamba-hambaNya. Harungilah dengan penuh sabar dan syukur.
Okey, saya ingin ceritakan satu peristiwa mengenai ikan patin. Sebagai orang Besut yang ‘dicelup’ budaya makan orang Pahang, jadi saya dan aruah ayah merupakan penggemar masakan ikan patin. Ikan sungai yang terkenal di negeri pahlawan Mat Kilau ini sangat sedap bila disediakan secara masakan asam pedas menggunakan asam jawa ataupun masak tempoyak. Juga boleh digoreng. Namun pastikan ianya garing.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Parit Buntar pada malam 6 Jun 2010, rombongan yang terdiri dari lima buah kereta singgah di hentian rehat Sungai Perak. Waktu sudah menjangkau tengah malam. Di sebuah gerai menjual nasi campur, saya lihat ada ikan patin masak tempo
yak. Tanpa fikir panjang, saya terus mengambil seketul. Saya pilih dengan teliti.
“Itu ikan apa?”, nenek pengantin lelaki dari Singapura (foto kanan) bertanya sebaik saya duduk di sebelahnya.
“Ikan patin, nenek,” jawab saya ringkas.
“Nenek selalu dengar orang kata ikan patin sedap. Tolong ambilkan nenek seketul,” kata nenek sambil menyuruh seorang cucu perempuannya ke gerai menjual nasi campur tersebut.
Saya tanpa lengah terus menyuap nasi ke mulut berlaukkan ikan patin masak tempoyak tadi. Memang berselera saya makan sambil diperhatikan nenek.
“Sedapkah, Hizam?”, soal nenek sambil tersenyum menoleh ke arah saya.
“Bolehlah,” gumam saya.
Tidak sampai dua minit, ikan patin yang dipesan nenek sudah di atas meja. Nenek terus mencubit ikan patin yang terletak dalam piring.
“Eh, kenapa ada darah dan berbau hanyir?”, soal nenek disuapan yang kedua sambil menoleh ke arah saya. Mimik muka nenek kecewa.

Saya lantas bercerita kepada nenek dan cucu-cucunya yang seramai lima orang di meja yang sama berkenaan masakan ikan patin (foto kiri - ikan patin masak tempoyak, ihsan Fried Chillies). Ikan sungai ini memang agak sukar untuk disiang, apatah lagi dimasak. Jika tidak pandai menyiangnya, ada kemungkinan sesetengah bahagian ikan itu berbau kurang enak. Bila memasak pula, jangan sekadar sambil lewa. Akibatnya ialah daging ikan kurang masak. Pastinya berbau hanyir dan masih berdarah. Ini yang terjadi kepada masakan di gerai nasi campur di hentian rehat Sungai Perak tersebut. Saya berasa sedikit malu kerana warga Singapura yang ingin merasa masakan ikan patin tidak berdaya untuk menelannya lantaran masakan yang tidak sempurna.
Sebagai info tambahan berkenaan lokasi gerai menyediakan ikan patin, saya syorkan satu tempat. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan menggunakan jalan lama dari Jerantut ke Maran atau Kuantan di Pahang, boleh singgah di satu lokasi yang terdapat satu deretan gerai makan. Lokasi tersebut terletak di sebelah kiri jalan sebelum tiba pekan Maran. Saya dan rakan-rakan kerap berhenti di situ semasa bertugas di MIMOS/JARING dalam perjalanan ulang-alik dari atau ke Kuantan dan Terengganu. InsyaAllah berbaloi dengan harga. Kuah tempoyaknya pekat dan ikan dimasak sebaiknya.
For the 3rd week of November 2007 (19 – 24 November 2007) Lusiana Catering received five orders. The first two orders from two different companies which is involved 3 deliveries; breakfast, lunch and afternoon tea-break. The third order from a company for lunch; another one is lunch for special gathering hosted by professor teaching at the International Islamic University of Malaysia (IIUM), held at Club Ukay, Bukit Antarabangsa; and lastly for wedding.
I personally receive thumbs up feedback from the host of the two last functions. They say the foods are good and tasty. Thanks for all the crews who really give their full commitment and support.
One of our specialties is sweet and sour fish fillet (photo). To date, all clients satisfy with the dish and I always receive good feedback from them. Another dressing for fish fillet is lime sauce. Wanna try, contact me today!
Please take note that the minimum order for single catering session is 50 pax. An example is for lunch menu of RM15.00/pax, the minimum order is 50 pax.
Nasi beryiani sering dibayangkan sebagai hidangan nasi yang harum dan berempah. Lazimnya, nasi beryiani dimasak bersama lauknya sekali. Daging lembu, kambing atau ayam menjadikan hidangan nasi beryiani lengkap dan tidak memerlukan lauk-pauk yang lain. Namun begitu, ia menjadi lebih sempurna dengan pilihan acar.
Apakah yang membezakan nasi beryiani dan nasi minyak? Nasi minyak lazimnya berwarna kekuningan. Ia dimasak dengan minyak sapi, minyak, marjerin atau campuran semuanya. Adalah dikatakan bahawa nasi yang dimasak dengan marjerin akan menjadi lebih harum dan kuning. Sedangkan yang dimasak dengan minyak sapi lebih lemak tetapi agak memualkan.
Untuk rasa nasi minyak yang asli, gunakan minyak sapi dan minyak. Jadi, bau minyak sapi kurang ketara. Kunyit serbuk memberikan nasi minyak warna kuning yang asli berbanding dengan pewarna atau esen. Bahan yang mewangikannya pula adalah daun pandan. Ia berbeza dengan nasi beryiani yang menggunakan air mawar sebagai pewangi. Air mawar boleh dibeli di dalam botol dan direnjiskan ke atas nasi setelah ia masak.
Nasi beryiani mesti menggunakan rempah beryiani. Ia boleh dibeli dalam paket, berbentuk serbuk, di kebanyakan pasaraya. Manakala rempah yang dikisar atau dimesin, berbentuk pes, boleh dibeli dari penjual berbangsa India di pasar basah. (Sumber: Blog chef Norzailina Nordin)
*** Perkhidmatan katering saya juga menyediakan set nasi beryiani. Ianya dalam bentuk pakej yang mengandungi menu seperti berikut: nasi beryiani, satu masakan ayam, satu masakan daging / kambing, dalca sayur, acar jelatah / buah, hirisan buah dan minuman sejuk / panas. (Gambar: Daging masak hitam)
Ketika masih tinggal bersama mak dan mak teh (emak saudara saya) di Terengganu dan Pahang, saya sering merasa keenakan bubur kacang hijau (mungbean porridge) yang dimasak. Apabila berjauhan merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala Lumpur, sukar untuk saya merasa bubur kacang yang dimasak oleh mereka berdua.
Selepas berkeluarga, isteri saya (sebelum menjadi chef) pula yang saya minta supaya memasak bubur kacang kegemaran saya. Pada permulaan, masakan isteri tidak seenak masakan ibu sendiri, biasalah kan. Saya meminta supaya isteri belajar dari mak. Hasilnya memang memuaskan!
Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup lemak secukup rasa tidak semudah yang kita jangka. Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka) pula, hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi. Mahu lebih enak, campur dengan durian.
Salah satu menu pencuci mulut yang sering saya cadangkan kepada klien ialah bubur kacang campur dengan durian. Sudah agak kerap kali chef menyediakan masakan ini. Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.
Anda boleh cuba sendiri nanti. Jika saya suka, insyaallah saudara-saudara juga akan menyukainya.
Cooking is an art and someone must have a will to learn to become a good cook, subsequently to be chef. In line with this, in order to fulfill customers’ need, my chef never stop to try new dishes and I will be the first to try it. Now, she’s an excellent cook.
Laksa is among favorite noodle dishes of Malay cuisine and is served in a tangy fish gravy-like soup. There are a few types of laksa namely laksa johor, laksa penang, laksa perlis, laksa kelantan & laksa Sarawak. But, different type of laksa using different types of ingredients in preparing it.
To be honest, we never have eating experience of laksa sarawak, let alone preparing it. Nevertheless, we manage to prepare a good laksa sarawak when receive order from customer. How’s my chef manage to do it? I looking for recipe in the internet and after that we went to KLCC to taste it.
Similarly, my chef learns cooking western foods. The latest order for Christmas party, customer asks for western foods namely spaghetti, garlic bread, mushroom soup, mash potato & salad as among the dishes. They also order local dishes; kampung fried rice, fried mee, fish curry, chicken rendang & mix vegetables.
(Pic 1: Chicken with BBQ sauce)